Ahad, 26 Februari 2017

TIP FCPO: JUMLAH KERUGIAN TIDAK BOLEH MELEBIHI JUMLAH KEUNTUNGAN


Salam to all Trader,
Tips untuk hari ini #5

JUMLAH KERUGIAN TIDAK BOLEH MELEBIHI JUMLAH KEUNTUNGAN



Ni abam nak pesan, pastikan anda semua buat jurnul bagi setiap trade sebelum dan selepas, meskipun anda masih dalam proses pembelajaran dan buat paper trade..pastikan anda buat rekod...
sebagai contoh jika dalam satu minggu anda dah untung 50pt..pastikan next week nya jika anda trade jangan sampai rugi melebihi 50pt..ini kerna ianya akan menganggu emosi anda dan akan menyebabkan anda hilang pertimbangan kemudian perasan menyesal akan terpacar pada wajah anda dan anda akan bercakap di dalam hati.." kenapa aku di uji sebegini" sedangkan anda sendiri yang bersalah dan tidak mengawal risiko anda.

sesiapa yang baca takat ni akan bercakap "eleh itu kalau win dlu..kalau start trade dah kalah camner plak?"

ni abam nak gtaw, kalau anda awal2 dah kalah or kena stop loss dan katakanlah anda total kalah 50pt dalam satu mggu..(10 pt kalah setiap hari dalam masa 5 hari). Pastikan anda reduce number of trade anda iaitu kekerapan anda untuk trade dan pastikan hanya entry yang berkualiti sahaja..ingat major 5 Rules anda di dalam Jurnul... kendian pastikan mggu seterusnya anda tidak pula rugi melebihi 50pt...mengurangkan kerugian sedikit demi sedikit juga merupakan kemenangan untuk anda..biar lambat asal selamat...

Jangan biarkan EMOSI menguasi diri anda..

jangan cepat gelabah..

kalau anda buat jurnul anda pasti kurang gelabah..

itu sahaja nasihat abam WR pada hari ini..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan